Bantuan wakaf tunai untuk pembinaan surau
Skudai - Surau Al-Falah perlu dibina bagi menampung keperluan penduduk untuk melakukan ibadah termasuk Solat Jumaat kekal. Pembinaan surau ini telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) untuk dibangunkan dan seterusnya dilaksanakan Solat Jumaat berjemaah bagi ahli kariah khususnya dan orang awam amnya.
Populasi penduduk di sekitar kawasan kampung batu 9 ini juga semakin bertambah disebabkan oleh faktor pembangunan pesat taman perumahan seperti Taman Sri Jaya dan Taman Ehsan yang baharu di kawasan ini.
Disebab oleh populasi penduduk yang semakin meningkat dan ditambah dengan aktiviti perniagaan dan kawasan perindustrian yang bersebelahan dengan kampung ini, masjid dan surau sedia ada tidak mampu menampung jemaah setiap kali solat jumaat didirikan.
Berikutan dengan itu, suku ekar tapak pembinaan telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Siti Fatimah Binti Rashid, manakala suku ekar lagi telah dibeli oleh jawatankuasa Surau Al-Falah dengan harga RM145,000.00. Pembelian ini telah selesai pada tahun 2019
Apabila terdirinya Surau Al-Falah ini, ahli kariah dan orang awam dapat menerima manfaat seperti berikut:
Rancangan pembangunan surau Al-Falah bermula pada tahun 2019 namun terhenti seketika disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara. Setelah keadaan beransur pulih, ahli jawatankuasa pembinaan masjid berusaha menyambung kembali inisiatif ini.
Untuk sementara waktu, jawatankuasa surau telah membeli empat (4) kabin kontena untuk dijadikan surau sementara pada tahun 2022 yang lalu dengan kapasiti 50 hingga 70 orang..
Alhamdulillah, dengan pelbagai usaha yang dijalankan serta kempen yang dirancang untuk menambah dana pembangunan Surau Al-Falah, Jawatankuasa Surau Al-Falah telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 883,938.17 setakat 01 Julai 2025 .
Semoga dengan terbinanya sebuah surau di kawasan ini, ia dapat dimanfaatkan oleh ahli kariah, penduduk setempat dan memberi keselesaan kepada mereka ketika beribadah kepada Allah S.W.T. Semoga pemberi sumbangan bersedekah, berinfaq dan berwakaf memperolehi ganjaran di dunia dan di akhirat.